Tuesday, October 24, 2023

BAB 3 MENCIPTA ALASAN

 

BAB 3 MENCIPTA ALASAN

 

“Ting…” aku membunyikan loceng. Tak lama kemudian pintu dibuka.

 

”Haa, macam mana cikgu” tanya Cikgu Norizan selepas membuka pintu. Aku buat-buat mengah, aku buat-buat tercungap.

 

“Jap..jap…” kataku.

 

“Masuk la duduk..” pelawanya. Dan pelawaan itu adalah sesuatu yang positif bagiku. Sekiranya dia mempelawa aku masuk, bermakna dia tidak begitu takut untuk berdua dengan lelaki di dalam bilik. Aku melangkah, lalu duduk di kerusi.

 

”Biarlah pintu tu bukak, nanti apa kata orang pulak..” kataku berlagak alim sikit

 

”Tak boleh bukak terus, dia tutup balik” jawab Cikgu Norizan cuba berkali-kali menahan pintu. ”Ahhm biarlah..” bentakkan mungkin dah fed-up try.

 

”Pintu jenis tu memang gitu” ujarku meredakannya

 

”Tu la pasal” juihnya lalu duduk di atas katil mengadapku. ”Haaa, macam mana tadi?”

 

”Ni nak bagi tau ni, saya ke sana ke sini, jumpa pegawai LPM, jumpa Manager Hotel, diorang cakap semua peserta hadir, memang ada yang belum sampai, tapi akan hadir katanya. Skang ni kita harap, ada yang tarik diri saat akhir. Masa saya tengok list tadi tu, ada la 4-5 orang yang belum sampai” ujarku panjang lebar.

 

”Emmm...”

 

”Kalau diorang tak hadir, ada la tempat kita nanti. Setakat ni, memang takde. Saya pun dah buntu tak tau nak buat apa” kataku seakan mengeluh.

 

”Kesian cikgu...” kata perlahan

 

”Takpe, kita usaha. Jangan risau, saya akan cuba selesaikan hal ini. Takkan kita nak share bilik pulak” aku sengaja hentikan kata-kataku di situ menantikan responsnya.

 

”Errmm.... ” aku tahu dia tak tau nak jawab apa

 

”Cikgu jangan susah hati, masih ada masa lagi sebelum program start, rileks ya, benda boleh setel” kataku memujuk hatinya yang seakan resah

 

”Saya rasa bersalah pulak..”

 

”Eh, kenapa nak rasa macam tu, takde sapa salah dalam hal ini”

 

”Susahkan cikgu je..”

 

”Takpe, jangan risau. Saya nak turun lagi, nak make sure kehadiran 4-5 orang tu”

 

”Kalau diorang hadir?”

 

”Saya fikirkan cara lain...jangan risau ya..” balasku senyum memandang wajanya.

 

 

*********************

 

 

”Cikgu Izan, semua peserta hadir” kataku setelah pintu dibuka, aku berdiri di luar, menantikan jawapannya.

 

”Masuk dulu, kang orang nampak, lain pulak orang kata nanti” pelawanya, aku melangkah masuk duduk di kerusi yang aku duduk tadi.

 

”Macam ni la cikgu, saya dah fikir, saya rasa saya check in kat hotel hujung jalan ni. Ada satu hotel bajet, boleh je saya jalan kaki. Kete saya tinggal sini, tak jauh mana pun” ujarku mengemukakan cadangan yang agak bernas, namun masih menagih simpati darinya. Cikgu Norizan diam, tidak menyahut.

 

”Cikgu jangan susah hati, saya takpe, saya OK je, lagi pun nak buat macam mana. Saya rasa inilah cara paling senang nak setel masalah ni” sambungku lagi melihat keadaannya yang menyepi itu. ”Nanti pandai-pandai la saya ejas masa, makan minum saya still amik kat sini, cuma tido je kat sana”

 

”Errmm.... kesian cikgu”

 

”Takde hal la cikgu, small the matter, saya dah call dah hotel tu, ada bilik kosong”

 

“Rasa bersalah pulak saya…”

 

“Ishhh, nak rasa bersalah kenapa pulak, bukan salah cikgu pun, kesilapan teknikal je ni, boleh setel”

 

”Ye la, tapi susahkan cikgu je”

 

“Takde susah mana pun, takkan kita nak share bilik ni kot...hehehe” aku membalas nada bergurau dengan sedikit ketawa kecil.

 

”Ermm...”

 

”Dah...dah...jangan fikir lagi, cikgu stay sini, enjoy the moment, bukan senang nak dapat dok sorang….heheheee” kataku lagi sengaja menambah perasaan bersalahnya itu

 

”Eii...cikgu ni...ke situ pulak...” juihnya. ”Saya mana pernah dok sorang”

 

”Dah tu, nak share bilik dengan saya ke...hehehee...” makin kuat aku ketawa

 

”Tak la..tapi....”

 

”OK la cikgu, jangan cakap apa-apa lagi. Saya nak gerak dah ni, kang ada taklimat house keeping. Saya nak gi check in kat sana dulu” kataku bingkas lalu mengambil beg yang terletak di tepi dinding, bersama-sama beg laptop, dan baju-baju yang digantung pada penyangkut baju. Memang sarat landat nampak, biasalah, kalau berkursus memang beginilah keadaannya. Aku cuba mencapai semua yang boleh, penuh kedua tanganku.

 

”Cikgu...tolong bukak pintu, saya dah tak menang tangan dah ni...hehee..” pintaku, lalu Cikgu Norizan bergerak ke pintu, lalu dipulas tombol, ditarik sedikit membuka ruang untuk aku keluar.

 

”OK ya, saya gi dulu, jaga diri” kataku melangkah keluar, aku toleh dan senyum ke arahnya.

 

”Errr....cikgu.......” terdengar aku dipanggil setelah beberapa langkah berjalan, aku pusing menoleh, dia melambai meminta aku datang ke arahnya yang berada di muka pintu.

 

”Kenapa cikgu..?” tanyaku kehairanan.

 

”Saya rasa, cikgu stay sini la” jawabnya perlahan. Terbeliak biji mataku memandang wajahnya yang menunduk.

 

”Ishh, biar betui cikgu, takkan kita nak dok sebilik, nak share bilik” tanyaku ingin kepastian

 

”Betul, saya dah fikir masak, lagi pun bilik ni twin bed” jawabnya lagi. ”Lagi pun, terus terang saya cakap, saya takut dok sorang”

 

”Laa, nak takut apa..”

 

”Saya ada dengar cerita, hotel ini lain macam sikit”

 

”Ishh, mengarut la tu, jangan percaya sangat”

 

”Cikgu stay dengan saya ye, ada gak kawan nak nyembang, takde la sunyi sorang-sorang”

 

”Serius ke ni, saya pulak naik risau”

 

”Serius”

 

”Kalau gitu, saya OK jer kalau cikgu tak kisah nak share”

 

”Masuk la, kang orang nampak” pelawanya memberi ruang aku melangkah masuk. Hatiku berbunga.

 

”Tapi, saya harap orang lain tak tau”

 

”Kita sama-sama jaga, rahsia” balasku. ”Cikgu Izan katil yang mana?” tanyaku melihatkan ada dua katil yang masih belum terusik.

 

”Yang ni, sebab tadi saya dah baring kejap sini” tudingnya ke arah katil di tepi dinding. Aku mengambil katil yang di tepi tingkap, yang berdekatan dengan bilik air.

 

”Kita belum berkenalan lagi, kan? Hehehe...” tanyaku.

 

”A’aa, belum, hihihi....punya la lama sembang tapi belum kenal”

 

”Saya Sham, nama penuh Badrul Hisham” kataku menghulur untuk berjabat tangan. Kelihatan Cikgu Norizan agak kaku nak menyambut salam. ”Eh, sorry, dah terbiasa hulur tangan nak salam kalau berkenalan dengan orang” aku cuba kontrol keadaan.

 

”It’s OK, nama saya Norizan” jawabnya menyambul salamku, kami berjabat tangan. Lembut tapak tangannya, membuatkan aku berderau.

 

Dia menuju ke katil, duduk. Aku meletakkan beg, dan duduk di katil menghadapnya. Cikgu Norizan, mempunyai sepasang bibir yang cantik, munggil. Kalau pernah tengok Anne Raj pembaca berita TV3 dulu, macam tu la bibir dia. Berbadan agak chubby, tapi tidak gemuk. Kalau ikutkan pandangan mata kasar, beratnya mungkin 56-58 kg, tapi memilik pinggang yang agak ramping. Aku mula terbayang akan kemontokan tubuh di sebalik baju kurung kuning cair yang duduk di hadapanku ini. Adakah menjadi rezeki aku, atau hanya sebagai jamuan mata sepanjang tiga hari dua malam aku di sini.

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment