Tuesday, October 24, 2023

BAB 1 SALAH BILIK KE

 

BAB 1 SALAH BILIK KE

 

BAB 20 Kursus 

 

Hi, evening, I’m from LPM, wanna check-in” sapaku setelah tiba di kaunter pendaftaran Hotel.

 

Hi, please tick your name and write it in this form” balas petugas di kaunter tersebut.

 

Setelah menulis nama, dan menyerahkan pada petugas, aku menantikan proses penyediaan bilik. Mata ku menjeling pada lembaran kertas pendaftaran tersebut. Namaku berada di akhir kerana ketibaanku yang agak lewat dari masa yang sepatutnya. Kelihatan namaku diletakkan bersama seorang guru yang bernama Norizan.

 

“Mungkin cikgu dari Perak agaknya” bisikku setelah mendapati bahawa negeriku tidak mempunyai guru bernama Norizan.

 

Here’s your key, room number 1316” petugas itu memberikan kad kunci kepadaku.

 

“Sudah ada orang ke dalam bilik tu?” tanyaku.

 

Yes, but he also have card-key

 

“Thanks” balasku mengambil kunci lalu menuju ke lif.

 

Aku menekankan butang tingkat 13, dan apabila pintu lif terbuka, aku mencari bilikku. Bilik 1316 terletak di hujung bangunan. Aku memasukkan kad kunci, lalu membuka pintu, seraya memberi salam.

 

“Assalamualaikum” sambil aku melangkah masuk.

 

“Waalaikumussalam” kedengaran suara perempuan menjawab salam.

 

Aku terkejut, begitu juga perempuan dalam bilik itu. Dia bingkas bangun dari katil dari sedang berbaring, dan aku terkaku di muka pintu tetapi pintu bilik telah tertutup.

 

“Errr….. ni bilik 1316 ke?” tanyaku inginkan kepastian setelah mendapati seorang perempuan Melayu berada dalam bilik itu, berdiri bertentanganku dengan baju kurung kuning air menampakkan rambutnya yang ikal di paras bahu.

 

“A’aa yer” balasnya kehairanan, sambil segera mencapai tudung lalu ditutup ala kadar mengelakkan aku melihat rambutnya.

 

“Saya dapat kunci bilik 1316, tapi kat kaunter tadi, diorang cakap Norizan yang dok sini” jelasku.

 

“Saya le Norizan” jawabnya juga turut terpinga, kelihatan cemas di wajahnya.

 

“Macam mana leh jadi gini” sambungku. “Takkan diorang bagi saya salah bilik”

 

“Entahlah, saya pun tak pasti” balasnya ringkas.

 

“Takpe lah, saya minta maaf. Saya try tanya kat kaunter” jawabku setelah melihat dia terpinga-pinga sambil membuka pintu. “Saya tumpangkan beg kat sini dulu ye” pintaku.

 

“Err….OK” jawabnya pendek. Aku pun berlalu pergi.

 

Aku meninggalkan wanita itu di bilik tersebut, kedengaran pintu ditutup, aku melangkah menuju ke lif. Setibanya di lobby, aku duduk dan memikirkan apa yang perlu aku lakukan. Aku tidak terniat pun nak melaporkan pada receptionist, ataupun pada penganjur iaitu pegawai LPM. Aku menung, dan berfikir. Aku tak mengenali guru itu, dia bukan satu negeri denganku, mungkin dari Perak atau Pulau Pinang, sebab menyuart ini melibatkan Zon Utara. Mungkin juga Perlis. Sekali imbas aku melihatnya tadi, aku yakin dia telah berkahwin, dan aku tidak melihat dia begitu terkejut. Jadi, apa yang perlu aku lakukan kini....

 

No comments:

Post a Comment